Bulan Ramadhan atau Bulan Puasa bagi kebanyakkan keluarga memberi kesempatan untuk berjuadah berbuka puasa bersama dengan makanan yang sedap2. Makanan untuk berbuka puasa di JM bariani House Puchong terdiri dari pilihan yang sesuai untuk setiap citarasa ahli keluarga. Pilihan utama ialah Nasi Beriani Johor, yang terkenal dengan keenakan resepi asli, diiringi oleh Mee Bandung, Mee Rebus, Laksa Johor dan banyak lagi pilihan yang lazat.
Untuk menghilangkan dahaga, air perahan buah segar, sirap bandung, air limau kasturi menaikkan lagi selera dan memuaskan kedahagaan disiang hari. Pencuci mulut yang menutup juadah berbuka saperti Creme caramel, jeli kelapa dan Puding jeli memberi kepuasan kepada pelanggan2 JM Bariani House Puchong ini. Bagi pilihan tradisi, Kuih Puteri Dua Sebilik mendapat tempat istimewa sebagai pencuci mulut manakala kuih2 tradisi yang lain memberi pilihan yang menarik.
JM Bariani House Puchong akan menyediakan khemah di kawasan santai Boulevard untuk penambahan tempat duduk, yang selalunya berlaku setiap Ramadhan.
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa..
No comments:
Post a Comment